Menerusi laman Facebook baginda, Sultan Johor telah memuat naik beberapa keping gambar lawatan baginda ke pusat pemindahan banjir di Balairaya Gemereh 4, hari ini.
Lebih menarik, baginda dilihat membantu memasak sajian nasi goreng yang kemudian dihidangkan kepada mangsa-mangsa banjir, sebelum meninggalkan pusat pemindahan itu.
Susulan itu, rata-rata netizen memuji perbuatan itu dengan menyifatkan Sultan Johor sebagai seorang yang peramah serta penyayang.
Seorang pengguna Facebook, Muhd Syahmi berkata, “Syukur dapat seorang Raja yang baik hati...saling tolong menolong antara satu sama lain....dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada rakyat...Saya berasa amat bangga dgn Tuanku.”
Menurut Lam Ying Choi pula, tindakan sebegini perlu dijadikan teladan oleh semua pemimpin di negara ini.
Sejumlah 25 orang daripada lima keluarga telah dipindahkan dan ditempatkan di Balai Raya Gemereh 4 di Segamat, Johor Darul Ta'zim. -Astro Awani
Sumber
0 comments:
Post a Comment