Saturday, 2 January 2016

TERKINI KANTOI !!! Bongkar Punca Sebenar ABBY ABADI Terpaksa Setuju Berkahwin NORMAN HAKIM Tanpa Cinta..

Bongkar punca sebenar Abby Abadi terpaksa setuju berkahwin Norman Hakim tanpa cinta?| Setelah lama berdiam diri dari sebarang isu & kontroversi, kini Abby muncul kembali menarik perhatian orang ramai dgn memuatnaik caption gambar yg menimbulkan tanda tanya.


“Kitorang kahwin bukan sebab cinta sebenarnya. Sebab apa? Jeng! Jeng! Jeng!

“Tak tahulah En @NormanHakim_786 nak akui ke tak perkara ini. Tapi itulah dia yang sebenarnya.
“Panjang umur murah rezeki, dapat persetujuan En Norman, saya cerita nanti. Siap dengan gambar sekali sebagai bukti,”katanya.

Tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba Abby #throwback ke kenangan masa lalu dan secara terbuka mengakui bahawa dia dan Norman yang berkahwin suatu ketika dulu bukan kerana cinta.

Apa lagi yg hendak didedahkan oleh Abby kali ini?

Mendengar perkhabaran itu, netizen secara tidak langsungnya mengkritik Abby cuba ‘mengali’ semula cerita dari muzium.


“Motif nak gaji cerita dari muzium? Apsal tiba-tiba nak keluarkan isu ini pula? Cerita zaman Paleolitik pun nak diimbas kembali. Something wrong Abby ni,”kata mereka.

Bagaimanapun, ada yg menasihatkan pengguna media sosial yang lain agar membiarkan saja tindakan Abby yang sukakan kontroversi dan dahagakan perhatian orang ramai.

*Senduuuuuuu ….


Sumber

LUAHAN SAYU!!!! Menyentuh Hati Bapa Nur Athirah Selepas Anaknya Menipu Seluruh Rakyat Malaysia..

“Baik atau buruk dia tetap anak saya, darah daging saya.”

Itu luahan Abdul Majid Landu, 40, yang menyatakan rasa kesal serta memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan tindakan anaknya, Nur Amirah Atirah Abdul Majid, 14, yang didakwa berbohong dengan menyatakan telah diculik dua lelaki India di Klang, Ahad lalu.


Abdul Majid ketika dihubungi tidak menyangka anaknya itu sanggup berbuat demikian selain meminta semua pihak dapat memaafkan anaknya itu yang disifatkan masih mentah serta tidak berfikir secara matang.

Sebagai bapa katanya, beliau sudah tentu khuatir serta takut akan keselamatan anaknya berdasarkan perbualan telefon Nur Amirah Atirah yang meminta bantuan kakak angkatnya, Noor Fazila Misnan, 23, dengan mendakwa dia telah culik seperti yang tersebar di media-media sosial sebelum ini.

“Maka sebab itu saya buat laporan polis. Mendengar suara anak saya (Nur Amirah Atirah) meminta tolong daripada kakak angkatnya menerusi perbualan telefon itu... hati siapa yang tidak rasa bimbang, lebih-lebih lagi saya sebagai bapanya.

“Bagaimanapun, saya sendiri tidak sangka dia sanggup buat begitu kepada saya sekeluarga. Saya faham tindakannya telah menyusahkan banyak pihak, namun saya berharap masyarakat tidak menghukum atas ketidakmatangannya,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Majid tidak menolak kemungkinan menghantar anaknya itu ke pusat pemulihan akhlak dan berharap perkara seumpama itu tidak lagi berulang.

“Perkara (hantar ke pusat pemulihan akhlak) itu biarlah dahulu, nanti saya akan fikirkan. Biarlah perkara ini reda dahulu dan hari ini pun dia ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan,” jelasnya yang tidak menyatakan secara terperinci mengenai pemeriksaan tersebut.

Ahad lalu, Nur Amirah Atirah mendakwa telah diculik oleh dua lelaki India di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, dekat sini apabila rakaman perbualan telefon remaja itu meminta tolong kakak angkatnya tersebar menerusi media-media sosial.

Lebih membimbangkan gadis itu turut mendakwa telah dilarikan dalam sebuah van berwarna putih dan dalam perjalanan untuk dijual di negara jiran.

Bagaimanapun tembelang remaja yang dipercayai mempunyai masalah pembelajaran itu terbongkar selepas dia akhirnya ditemukan dalam keadaan selamat bersama teman lelakinya kira-kira pukul 10 malam, Khamis lalu di sebuah stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusoff Mamat ketika dihubungi hari ini berkata, sehingga kini hanya dua suspek iaitu teman lelaki remaja terbabit serta seorang lagi lelaki berusia 45 tahun ditahan berhubung kes itu.

“Kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Selasa depan,” katanya yang turut yakin tiada lagi suspek lain akan ditahan.


Sumber

Fuhlamak Mantap !! 13 Gambar Majlis "BOLLYWOOD" MARSHA. Paling Tak Sangka Artis Popular Bergaya Sampai Kalah Pengantin. Siapa Ye???

Mantap !! 30 Keping Gambar Majlis "BOLLYWOOD" MARSHA. Paling Tak Sangka Artis Popular Bergaya Sampai Kalah Pengantin. Siapa Ye???



Gambar-gambar sekitar 'Bollywood Night' Marsha Milan Londoh dan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail yang diadakan semalam.















Sumber

KES BUNUH PEROMPAK !!! Pengguna Media Sosial Perasan Pandai Dari Peguam Negara....SILA BACA SINI...


“Apa ni? Tuan rumah bunuh pencuri, tuan rumah yang kena hukum? Malaysia Bolehland! Yang pencuri diangkat, yang mempertahankan diri pula kena hukum!”

1) Ramai yang salah faham dengan undang-undang Mempertahankan Diri.

Contohnya lah kan, pencuri masuk ke rumah kau. Lepas tu kau tersedar ada pencuri, kau pun ambil pisau, lepas tu tikam bertubi-tubi pencuri tu sampai mati.

2) Kau akan didakwa atas tuduhan membunuh tak?

Ya. Kau akan didakwa.
Tapi, ia hanya pendakwaan. Pendakwaan bukan hukuman. Mahkamah panggil kau bagi keterangan sebab kau dah mengambil nyawa seorang manusia.

3) Jadi, masa kau sedang dibicarakan, kau akan berhujah bahawa tindakan kau membunuh pencuri tu sebab kau nak pertahankan diri. Kau cakap kau pertahankan diri, sebab kau nak yakinkan bahawa, yang kau tak bersalah bunuh pencuri tu.

Tapi…

4) Mahkamah akan persoalkan, adakah tindakan membunuh itu setara dengan tindakan pencuri tu?
Mahkamah akan persoalkan juga, sebab apa kau tikam? Kenapa tak pengsankan? Kenapa tak tikam bahagian kaki je supaya dia tak lari?

Kemudian dipersoalkan pula adakah kau bunuh dia dengan niat yang baik? Kalau memang sebab dendam, atau kau baru tahu yang dia bekas pakwe crush kau, memang mahkamah tak layan.
Ok, tu satu hal..

5) Lagi satu hal, adakah tindakan kau tu adil?

Secara ringkas, definisi pencuri dan perompak sebenarnya agak berbeza. Pencuri kebiasaanya niatnya adalah untuk mengambil harta seseorang tanpa izin secara sembunyi-sembunyi. Jadi kalau pencuri masuk ke rumah kau tanpa bawa apa-apa senjata. Tapi kau, tikam dada dia berkali-kali,sampai dia mati. Malah, pencuri tu sebenarnya masuk ke rumah kau semata-mata nak curi barang. Pencuri tu tak buat apa-apa pun yang melibatkan nyawa tapi kau pulak bunuh dia.

Kalau pencuri tu mati, kau kena berusaha untok buktikan tindakan kau bunuh pencuri tu semata-mata nak pertahankan diri sahaja. Kau kena berusaha buktikan kalau kau bunuh sebab nak pertahankan diri dan harta kau.

Kalau kau dapat buktikan yang kau membunuh untuk pertahankan diri, tetap ada kemungkinan untok kau didakwa atas kesalahan membunuh tapi dibawah kategori membunuh dengan tidak sengaja atau tanpa niat.

Jadi pointnya adalah kau tetap akan dihukum tapi bukan dihukum gantung.

6) Kalau kau bunuh orang, ada 3 sahaja hukuman yang akan kau hadapi.

i- Kalau bunuh dengan sengaja, dengan senjata yang boleh membunuh, dan tindakan kau tu memang secara logiknya boleh membunuh, baru kau akan dihukum mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Yang ni, memang betul-betul nak hukum pembunuh.

ii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, dengan senjata yang susah nak bagi kematian, tapi orang tu mati jugak, kau akan dihukum penjara seumur hidup, atau penjara lebih 20 tahun, di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

iii- Kalau bunuh dengan sengaja atau tak sengaja, untok pertahankan dirinya, diprovokasi atau pergaduhan mengejut, juga akan dihukum penjara, tetapi mengikut budi bicara mahkamah.

7) Yang penting, kalau kau dah bunuh orang, kau wajib dihukum. WAJIB. Kau ikutlah hukum apa pun, malah hukum Islam pun, kalau kau ambil nyawa orang, kau akan dihukum.

Tapi hukuman tu berbeza-beza, macam yang aku senaraikan tadi.

8) Definisi perompak pula sememangnya bersenjata dan menyerang untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan. Kalau dia memang dah hala pisau ke arah keluarga kau dan kau YAKIN dia memang akan bunuh mereka, kau tiada pilihan selain daripada bunuh perompak tu atau cederakan perompak tu atas alasan mempertahankan diri. Kalau tak bunuh, perompak tu akan bunuh family kau.

Yang ni, mahkamah akan pertimbangkan, untok lepaskan kau. Tapi ingat, kau kena buktikan yang perompak tu betul-betul ancam nyawa kau. Kalau tak terbukti, susah la kau.

Tu sebab kena pilih Lawyer yang betul-betul power, supaya boleh buktikan benda-benda ni.

9) Kalau pencuri masuk, lepas tu kau pukul dia. Dia tak mati, tapi dia cedera parah. Kemudian, pencuri tu saman kau. Boleh tak?

Boleh. Memang boleh.

Hak nak menyaman ni semua orang boleh buat. Tapi tetap keputusannya semua bergantung kepada budi bicara dan timbang tara mahkamah.

Dan kau akan berhujah bahawa tindakan kau pukul pencuri sebab nak pertahankan diri.

Sekali lagi, mahkamah akan tengok sama ada tindakan kau pukul dia ni setara atau tidak?

Adil atau tidak?

Kalau pencuri tu dah lari, tapi kau kejar jugak dan langgar pakai kereta sampai lumpuh satu badan pencuri tu, benda ni tak setara. Jadi, senanglah pencuri tu ada sebab nak saman kau.
Tapi..

10) Kalau betul tindakan kau tu setara dan adil, contohnya kalau kau tak pukul pencuri tu, pencuri tu akan bunuh kau, mahkamah akan lepaskan kau dan pencuri tu tak boleh saman.

Tapi ingat, tindakan kau tak boleh melampau-lampau. Kalau tak mahu dia lari, boleh guna apa sahaja benda yang tak mencederakan secara teruk.

11) “Undang-Undang sekular ni tak adil! Kalaulah hudud dijalankan, mesti tak jadi camni!”
Rileks beb.

Kalau hukum Hudud ada pun, memang tak boleh settle benda ni.

Sebab apa?

Kau kena faham, Hudud ni cover 8 jenayah je.

Bab bunuh-bunuh ni, semua under hukum Qisas.

Haaa.. Tengok tu, nak condemn undang-undang tapi sendiri tak faham undang-undang.

12) Dalam hukum Qisas pun, kau bunuh orang, akan dihukum. Kalau pun hukum Islam dilaksana kan, tetap juga cara mahkamah tengok kes kau, sama macam hukuman sivil.

Mahkamah hukum Islam ini akan persoalkan sama ada adil atau tidak tindakan kau bunuh pencuri yang masuk rumah kau. Kalau tak adil dan tak setara, kau akan dihukum.

Ingat, apa-apa hukuman kat dunia ni, once kau dah ambil nyawa orang, kau wajib dihukum cuma berbeza-beza hukumannya ikut niat kau.

13) Sama macam hukum Islam, tetap juga akan mahkamah tengok tindakan dan niat kau. Hukumannya mungkin berbeza dengan hukum Sivil, tapi cara nak cari salah tu sama.

14) “Dah tu, pencuri masuk, kena bentang karpet merah semualah? Kena sambut dan bagi minum-minumlah kan? Macam tu?”

Bukan bang.

Kalau pencuri masuk, kau boleh je buat sesuatu untok hentikan pencuru tu. Kalau berani, lawan. Kalau tak berani, menyorok.

Kalau lawan, jangan melebih-lebih sangat lawan dan pastikan setimpal. Sebab yang nak menjawabnya kat mahkamah nanti tu kau. Asalkan pencuri tu tak boleh lari, sama ada kau ikat kaki atau pengsankan, itu dah cukup baik. Jangan belasah macam nak gila sampai mampos pencuri tu. Nanti kau yang susah.

15) Kenapa hukumannya jadi macam ni?

Sebab:

i- Nak bagi keadilan. Tuhan marah kalau kita tak adil. Memanglah pencuri tu wajib dihukum. Tapi bukan dihukum dengan bunuh atau dibelasah sampai lumpuh. Jadi, kalau pun kita nak pertahankan diri, jangan lupa berlaku adil.

ii- Tak nak ada orang ambil kesempatan. Contohnya lah kan, kau benci dengan member kau. Satu hari dia datang rumah, lepas tu kau bunuh dia. Then kat mahkamah, kau cakap yang kau bunuh dia sebab nak pertahan diri sebab dia mencuri.

Camtu senang la bang oi. Jadi, mahkamah perlu make sure yang kau betul-betul takdak mens rea (niat jahat buat jenayah).

16) “Eleh…Tapi camne nak cerita yang pemimpin curi duit rakyat tak kena hukum dan ahli politik buat jenayah terlepas? Tapi rakyat biasa buat, kena hukum pulak! Haaa? Adil sangat ke?”

Serius, bang. Part ni bukan bidang kuasa aku. Tapi Islam kata dah, Hakim yang tak adil ni confirm jadi ahli neraka.

Kalaupun ada keputusan mahkamah yang tak adil, aku sendiri pun marah. Tapi kita pun tak tahu kalau sebenarnya kes tu kekurangan bukti atau ada sebab yg meragukan sehingga menyebabkan hakim jatuhkan hukuman sebegitu rupa. Tapi kalau memang betul tak adil, maka masuklah hakim tu ke dalam neraka.

17) Harapnya kau sebarkanlah benda ni. Sebab ramai antara kita yang tak faham, dan kalau tak faham, banyak fitnah berleluasa terutamanya daripada kita sendiri.

Dari Page – Mufarwa Farid


Sumber

Tuu Diaaa!!!! Lelaki berusia 35 tahun berkahwin dgn budak perempuan umur 6 tahun di India, selepas 9 bulan lihatlah hasilnya yang amat mengejutkan sekali !!!

NEW DELHI – Baharu berusia enam tahun tetapi sudah berkahwin. Ia merupakan sesuatu yang mengejutkan apabila seorang budak perempuan yang masih muda dikahwinkan dengan seorang lelaki berusia 35 tahun, yang layak digelarnya sebagai bapa.


Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 23 Jun lalu dalam satu majlis perkahwinan secara rahsia yang diadakan di sebuah kuil tempatan di India.

Polis kini sedang menyiasat orang tengah yang mengatur perkahwinan tersebut selepas gambar kedua-dua pasangan pengantin itu tersebar di media sosial.

Manakala pengantin lelaki, Ratan Lal Jat, yang merupakan anggota jawatankuasa penduduk di kampung Gangrar, negeri Rajasthan telah ditahan.

Lat Jat dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang telah berkahwin dan perkahwinan itu adalah bagi memenuhi adat kuno digelar Nata Pratha.

Adat itu membolehkan seorang lelaki menjalin hubungan sulit dengan wanita yang sudah berkahwin sekiranya lelaki itu membayar wang kepadanya untuk tinggal bersama-sama.

Amalan itu bagaimanapun hanya boleh dilakukan sekiranya lelaki dan wanita itu masing-masing berkahwin dengan orang lain.

Memandangkan Lat Jat adalah bujang, maka dia terpaksa berkahwin dengan budak tersebut untuk memenuhi syarat amalan kuno itu.

Meskipun keluarga budak perempuan itu mendapat wang bagi perkahwinan berkenaan, namun budak tersebut dibenarkan menetap bersama keluarganya. – Mynewshub.cc






SEDIH !!! Kanak Kanak Parah Akibat Doktor Kerajaan Salah Bagi Dos Ubat..

Seorang ibu rumah tangga Diana Aziz Azmi meluahkan rasa tidak puasa hati atas tindakan Doktor klinik kerajaan yang di dakwa telah memberi ubat yang salah pada anaknya yang mengakibatkan sakit mata anaknya bertambah teruk,sehingga anaknya itu terpaksa di masukkan ke wad kecemasan.


Apapun dalam kongsian yang dibuat oeleh Diana Aziz Azmi bukan bertujuan untuk menyalahkan mana mana pihak,namun peringatan kepada ibu sebagai pengajaran kepada apa yang di lalau beliau.


Kongsian tersebut juga mendapat perhatian natizen dan menyarankan agar beliau menyaman Doktor klinik kerajaan tersebut.







AKHIRNYA !!! Ibu Mangsa Culik Tampil Dedahkan Perkara Sebenar Yang Berlaku! Semua Andaian Palsu...

Kronologi Terkini Penculikan Gadis Nur Amira Athirah Yang Anda Tak Tahu 14 tahun di laporkan hilang selepas  Ayahnya Abdul majid yang mendapati anaknya gadisnya itu tidak berada di rumah sehingga jam 10 malam.


1.Abdul majid Yang cuba beberapa kali menghubungi anaknya melalui telepon namun gagal dalam usaha itu,sehinggalah beliau cuba mencari di merata tempat karna risau keatas keselamatan anaknya itu.

Ayah mangsa yang tidak mendapati informasi apa apa membuat laporan polis yang di buat di balai polis bandar sultan sulaiman.Dipercayai anak gadisnya itu telah di culik dalam perjalanan pulang kerumahnya di Bandar Sultan Sulaiman pelabuhan kelang setelah  mangsa cuba menghubungi dan meminta tolong kepada seorang ahli keluarganya melaluai satu panggilan telepon.

2.Rekaman perbualan tersebut mendedahkan bahwa anak abdul majid nur amira athirah telah di culik ketika perjalanan balik kerumahnya.

Berdasarkan rekaman perbualan itu mangsa mendedahkan bahwa dirinya telah di culik oleh van berwarna putih mangsa juga mengatakan bahwa kepalanya ditekup dengan kain sebelum pengsan sebelum ditarik masuk kedalam van.

Mangsa yang tersedar dan ternampak papan tanda menuju kejohor bahru memaklumkan perkara itu kepada kakaknya melalui penggilan yang di buat tanpa sepengetahuan penculik.Menurut mangsa nur amira ramai lagi mangsa yang turut di tahan dipercayai di culik untuk di jual ke thailand.

Bagaimana pun perbualan itu terputus selepas kedengaran mangsa seperti menjerit dalam talian dipercayai hp dirampas oleh penculik tersebut.


3.Pihak polis diraja malaysia PDRM yang sebelumnya belum mengeluarkan sembarang kenyataan unutuk pengesahan penculikan tersebut,mana kala Ahli keluarga mangsa giat menyebarkan maklumat di media sosial dengan tujuan meminta ramai untuk mengesan mangsa.

Walau pelbagai maklumat yang diterima ramai namun agak mengelirukan apabila sebagian natizen menjadikan isu ini sebagai modal untuk menarik perhatian dengan spekulasi bebentuk screenshot dengan info yang tidak sahih,sperti mangsa sudah berjaya ditemukan,yang lebih kejam screenshot info yang mengatakan mangsa telah dirogol sebelum di bunuh.
Sehubung itu anggota keluarga mangsa meminta tolong kepada ramai agar tidak menyebarkan berita palsu karena perkara itu menambah kerisauan mereka.

4.Ekoran spekulasi yang mengelirukan tersebut seorang individu yang mempunyai rekan salah seorang anggota polis banting membuat satu rekaman video untuk menjelaskan kedudukan sebenar mangsa berkait kes culik nur amirah untuk mengelakkan terjadinya spekulasi spekulasi yang tidak mendatangkan tanggapan buruk.


Sumber

Tuu Diaaa!!! Dr MAZA Bagi Komen Yang Paling PEDAS Buat Nor Atirah ! Serius Makan Dalam....

SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan disebalik kisah penipuan remaja Nur Amirah Atirah, 14, yang mendakwa dirinya diculik baru-baru ini.

Asri mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika.


"Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.

"Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini," katanya menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini.

Asri berkata demikian bagi mengulas kes Nur Amirah yang didakwa diculik baru-baru ini dan kisah ini menjadi viral di media sosial.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman mikro Twitter miliknya berharap, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis.

Sebelum ini, Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak Nur Amirah yang didakwa dilarikan suspek menaiki van putih.

Bagaimanapun, Nur Amirah dilapor ditemui selamat bersama teman lelakinya di Banting sekitar jam 10 malam tadi.


Sumber

FUH !!!! Gambar ini diambil masa kemalangan tapi yang duk seberang jalan tu sape???

Gambar ini diambil masa kemalangan tapi yang duk seberang jalan tu sape???


Gambar ini diambil masa kemalangan tapi yang duk seberang jalan tu sape???

Gambar ini diambil masa kemalangan tapi yang duk seberang jalan tu sape??? Macam kudung jer tangan dia..


Sumber

PANAS !!! HANGAT!! Gambar Teman Lelaki Cina Dan Nur Amirah Athirah Berjaya Ditangkap...

Gambar Teman Lelaki Cina Dan Nur Amirah Athirah Berjaya Ditangkap|Setelah Ketua polis negara mengeluarkan kenyataan tantang penculikan Nur amirah athirah di laman media sosial sedikit banyak membantu masyarakat yang prihatin yang mengikuti perkembangan kes tersebut.


Memetik laporan Harian Metro, pihak polis dilaporkan telah menemui beliau selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

"Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.

"Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan,"

Gambar suspek yang didakwa teman lelaki nur amirah athirah




Kenyataan ibu mangsa:

Apapun kes ini telah selesai dan ibu mangsa juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PDRM yg selama ini bertungkus lumus menjalankan tugas mereka untuk menjejaki anak gadisnya nur amirah athirah yang disangka diculik oleh van putih sejak 6 hari lepas.


Pihak kami juga meminta maaf atas beberapa info yang kurang tepat kesahihannya yang turut di siarkan sebelumnya,kes penculikan nur amirah athirah ini mengingatkan kami tentang kes remaja hilang di villa nabila seketika dulu.

Apapun kepada ibu bapa perlu di ingatkan agar lebih giat memantau perlakuan anak anak anda dirumah.seeloknya luangkan masa yang cukup bersama mereka mulai dini.


Sumber

AL-FATIHAH !!! Moga LISA SURIHANI Dan YUSRY Tabah Serta Doakan Yang Terbaik Atas PEMERGIANNYA ..

AL-FATIHAH , MOGA LISA SURIHANI DAN YUSRY TABAH SERTA DOAKAN YANG TERBAIK ATAS PEMERGIANNYA ..


Baru-baru ini kita sebagai peminat dikejutkan dengan kelahiran pelakon tercomel iaitu Lisa Surihani yang selamat melahirkan anak sulung Yusry . Mereka berdua belum lagi memberi respon di laman sosial tentang kelahiran anak perempuan tersebut .Sama-sama kita nantikan !


Perkara yang menyentuh mestilah seorang anak akan rindu bapanya yang sudah pergi , lagi-lagi mahu berkongsi bahagia . Tiada rezeki untuk anak Lisa nanti memanggil atok abah .. Moga sama-sama kita doakan orang yang sudah pergi aman dan tenteram . Al-fatihah



Sumber

GEMPARR!!!! Seorang nenek tua digemparkan dengan keadaan ganjil yang mempunyai tanduk di atas kepalanya...lihat apa yang berlaku seterusnya..

Bermula dari ketulan tahi lalat sehingga membesar menyerupai tanduk

Pelik tapi benar. Satu kejadian aneh telah berlaku di China apabila seorang nenek tua digemparkan dengan keadaan ganjil yang dikhabarkan mempunyai tanduk di atas kepalanya.


Liang Xiuzhen yang berasal dari Sichuan menemui doktor setelah tanduk yang berada di atas kepalanya semakin membesar dan mengakibatkan kepalanya terasa sakit.

Doktor mengesahkan timbulan besar yang tumbuh di atas kepala nenek tersebut merupakan sejenis tumor atau barah kulit yang bernama Cornu Cutaneum yang menyerupai seperti tanduk “Unicorn”.

Doktor tersebut yakin pihak hospital mampu mengeluarkan ketumbuhan itu melalui pembedahan tetapi keluarga nenek itu harus berani mengambil risiko disebabkan faktor tua Liang Xiuzhen yang mungkin akan menyebabkan banyak komplikasi boleh berlaku ke atas dirinya.


Ianya bermula hanya dari ketulan sebesar tahi lalat yang disangka ketuat di atas kepala Liang Xiuzhen dianggap cuma ketulan biasa sehinggalah ketulan itu membesar dengan pantas dan menyerupai seperti tanduk.

Doktor yang memeriksa keadaan kepala Liang Xiuzhen berkata pembedahan segera perlu dilakukan kerana tanduk itu akan memudaratkan kesihatan Liang Xiuzhen berikutan usianya yang semakin tua.


Sumber

Friday, 1 January 2016

KANTOI!! Satu Malaysia Kena Tipu Dengan Budak Amirah Ni Rupanya Lari Dengan Pakwe

Remaja perempuan yang mendakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu, Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

“Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.

“Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian Ahad lalu mangsa disedari hilang selepas ibunya pulang ke rumah, kira-kira 2 petang.

Ibu mangsa yang berusia 33 tahun cuba mencarinya di beberapa kawasan berhampiran serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.

Kes berkenaan menjadi viral selepas mangsa menghubungi kakak angkatnya memaklumkan dia diculik di kawasan rumah dengan menggunakan van putih.

Perbualan antara mangsa bersama kakak angkatnya yang berdurasi 3 minit 43 saat itu tersebar secara meluas di laman sosial.

Amirah mendakwa ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru.

Sementara itu Abdul Samah berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik namun pihaknya akan membuka kertas siasatan baru berhubung penemuan berkenaan.

Katanya, kedua-duanya kini masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber : Metro

Blog Archive