Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, remaja itu dan lelaki terbabit ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.
"Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.
"Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan,"
Gambar suspek yang didakwa teman lelaki nur amirah athirah
Apapun kes ini telah selesai dan ibu mangsa juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada PDRM yg selama ini bertungkus lumus menjalankan tugas mereka untuk menjejaki anak gadisnya nur amirah athirah yang disangka diculik oleh van putih sejak 6 hari lepas.
Apapun kepada ibu bapa perlu di ingatkan agar lebih giat memantau perlakuan anak anak anda dirumah.seeloknya luangkan masa yang cukup bersama mereka mulai dini.
Sumber
0 comments:
Post a Comment