Saturday, 9 January 2016

PANAS !! Rumah tangga Fasha, Jejai: “Saya jadi mangsa keadaan. Tidak sepatutnya Saya Dilibatkan.” KOMEN PEDAS Nora Danish

Setelah sekian lama menutup mulut mengenai isu keretakan rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai, Nora Danish hari ini tampil memberikan penjelasan kepada wartawan Utusan untuk mempertahankan nama baik beliau.


Itu penjelasan pelakon popular Nora Danish dalam mengulas isu keretakan rumah tangga bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli (Jejai) dengan Fasha Sanda yang hangat diperkatakan ketika ini.

Tidak menolak dia menjadi mangsa terbaru fitnah tersebut, Nora mengakui agak terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai punca dalam kemelut masalah rumah tangga pelakon itu dan Jejai ketika ini.


Selebihnya, selebriti itu enggan mengulas lanjut memandangkan dia juga telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak terlalu terbuka dalam memberi komen mengenai isu tersebut.

Jelas Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, 34, sehingga hari ini dia sudah dinasihatkan peguamnya untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan memandangkan pihaknya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.


Sementara itu, pergolakan rumah tangga Fasha terus hangat diperkatakan apabila sebuah portal hiburan baru-baru ini menerbitkan kisah tersebut, seolah-olah mengesahkan berlakunya sesuatu yang tidak elok dalam rumah tangga mereka.


Sumber

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive