Tak tahan dengan komen negatif netizen pada dirinya, Maria tampil memberi penjelasan pada umum supaya tidak lagi mencercanya.
"Saya sedih sebab rata-rata orang Melayu yang komen. Sepatutnya orang Melayu kita lebih beradab ketika bercakap. Tidak tahu perkara sebenar yang terjadi tetapi main teka dan tulis. Hakikatnya, sudah jodoh saya dengan dia nak buat macam mana”
“Kenapa mahu pertikaikan lagi. Kami hanya menjemput seramai 50 orang yang terdiri daripada famili dan kawan-kawan terdekat (ketika majlis pernikahan). Lagipun ini perkahwinan kedua saya. Jadi, untuk apa ia dibuat secara besar-besaran,” jelas Maria.
Apapun, Maria pernah mengeluarkan kenyataan dia tidak pernah menjadi orang ketiga dalam rumahtangga kawan baiknya.. Dia mula kenal dengan suaminya itu, bila suaminya sudah pun bercerai dengan bekas isterinya.
Sumber
0 comments:
Post a Comment